Impian dan Angan-Angan
aku sendiri tengah nak capai
walaupun aku sedar,aku takkan
mampu capai dengan sekelip mata"
orang selalu cakap
"Jangan hanya memeluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai,
Jangan hanya duduk termenung,
Apakan daya cita tak capai."
Sang pembaca sekalian,
Hari ini berapa ramai dari kita ,
sudah kalah sebelum menyerang,
sudah pulang tanpa berperang,
jangan takut dengan pihak lawan,
jangan mengalah,
menentang terus tentang,
disini saya tidak menyifatkan untuk berperang dan sebagainya,
saya hanya mahukan anda untuk bangkit,
bangkit dari ketakutan
jangan takut dan terus jalan,
jangan takut dengan apa yang akan terjadi dihadapan,
terjun dahulu baru kata takut,
hadapi dahulu baru kau buat keputusan,
merasa dahulu baru kau tahu,
jangan terus ambil jalan singkat,
untuk kau mengalah dan kalah,
jangan dengar suara suara sumbang dari belakang,
jalan terus pandang kehadapan,
jangan toleh kebelakang
selagi kau tidak dapat apa yang kau mahukan.
tanam dalam diri kau
"aku boleh buat"
"aku boleh lakukannya"
"aku juga boleh jadi seperti mereka yang berjaya"
"kalau mereka boleh ,kenapa aku tidak?"
kata kata ini mungkin kadang didengari
barangkali dari motivasi ,atau
daripada orang yang berjaya,
antaranya Tun Dr mahathir
Said Mohtar Al Bukhari , Jack Ma , Mark Zuckerberg
dan sebagainya,
Mereka ini juga mempunyai impian dan angan-angan,
mereka ini juga pernah jatuh dalam kerjayaan
mereka ini juga pernah menangis,
mereka ini juga merupakan orang yang berjaya,
mereka ini bangkit dari jatuh ,
mereka ini juga sama seperti kita,
jika mereka boleh berjaya ,
mengapa kita tidak boleh?
semua orang ada ujian
cuma bergantung pada kemampuan seseorang,
Allah tidak menurunkan ujian ,
melainkan sesuai dengan kemampuan hambanya,
hatta nabi muhammad sendiri ada ujian,
sedangkan beliau merupakan manusia yang hebat,
kekasih maha tinggi ,
kekasih maha agung ,
kekasih maha memberi ujian
tapi kenapa baginda juga ada ujian?
cuba kita lihat kisah ini
cikgu nak tahu ali nih pandai atau tidak dalam subjek math
tapi cikgu tak tahu nak buat apa!!!!!
Guru ini mengambil keputusan untuk memberi ujian Math kepada Ali
untuk menguji tahap kebijaksanaan Ali dalam subjek math
yang selalu ramai orang tak suka hahaha
tapi , Alhamdulillah ali lulus dalam ujian tersebut,
sama juga,
Allah Swt mahu lihat
sampai mana tahap kesabaran kita dalam menempuh ujian,
adakah hambanya sabar dengan ujian yang diberi?
kadang-kadang
bila kita dah selesai satu ujian,
pasti datang lagi satu ujian,
mungkin orang akan terus mengata
kenapa ehhh??????
"satu satu ujian datang"
sang pembaca sekalian,
kita harus faham ,
setiap ujian dan cabaran yang Allah Swt beri ,
itu bukan saja saja,
Allah swt ingin meningkatkan darjat dan martabat
kita disisnya
nak ke tak nak?
mesti lah nak kan!!!
jadi?
apa kene mengena ujian cabaran denga impian dan angan angan?
ini adalah satu perkara yang ada hubung kait,
"jika kita hendak mendapatkan mutiara,
harus meredahi lautan yang dalam,"
pesanan saya yang terakhir
"Jangan lah kita cepat mengalah
kita sudah ada ditengah jalan,
sikit je lagi nih nak tamat,
sabar dan terus jalan,"
"Kejarlah impian dan angan-anganmu
sebelumnya semua berakhir,
kejarlah apa yang kamu mahu,
sebelum semuanya tamat."

Comments
Post a Comment