Tahun Baru 2019
2019
Banyak kenangan pahit manis yang berlaku didalamnya,
bila termenung sendiri ,
kenang kenangan lalu,
tergelak sendiri dalam diam,
aku rasa sangat bertuah bila masih diberi peluang untuk duduk dalam tahun 2018
kerana pengalaman yang aku kutip ia menjadikan aku dewasa,
dan bersedia untuk hadapi cabaran dimasa akan datang,
aku berharap agar tahun 2019 menjadi tahun yang banyak lagi pengalaman dan kenangan yang aku hadapi,
kerana aku percaya,
"pengalaman mendewasakan seseorang,"
tak kesah la pengalaman itu baik atau buruk,
ianya akan menjadi kenangan yang terpahat diminda aku,
buat selama lamanya,
aku tahu ramai dari kalangan aku yang telah pasang azam,
Yeahhh aku sendiri berazam tahun baru,
tapi bila aku lihat azam tahun tahun sebelumnya,
aku rasa hampir semua terlaksana,
memang betul ade yang terlaksana,
tapi jangan susah hati,
insyallah sekiranya korang ada azam 2019,
berazamlah untuk capai,
tak rugi wehhh,
sebab dunia nih kena ada hala tuju,
memang semua mahu menuju ke tempat yang satu,
tapi dalam masa yang sama mungkin ali dan abu ikut jalan yang berbeza,
jadi maksud aku disini,
azam kita semua berbeza cuma yang tidak ada beza ialah penamat akhir hayat kita tu semua sama, semua nak masuk syurga,
semua nak meninggal dunia dalam keadaan khusnul khotimah bukan?
Jadi tuh la yang aku maksudkan,
semoga perkongsian untuk tahun baru ini dapat memberi kita pengajaran yang penuh,
agar kita sentiasa dalam keadaan diredhai oleh Allah swt,
last yang mana nak gi new year tuh hati hati,
jangan buat benda yang tak elok,
mulakan tahun baru anda dengan baik,
insyallah pengakhirannya juga baik.
Itu sahaja pesanan dari aku,
dah la assignment bertimbun,
aku masih hadap blog lagi..... hahahahaha.
HAPPY NEW YEARS

Comments
Post a Comment