Perjuangan dakwah harus diteruskan



"Sesungguhnya demi Allah mereka telah menuduhku dengan
pelbagai tuduhan yang dahsyat kerana dakwahku, namun demi
Allah juga aku sama sekali tidak akan meninggalkan dakwah"

-Uwais Al Qarni-

kau perlu tahu,
kemanisan berdakwah ni besar,
perjuangannya yang suci,
di ingat sampai mati,
bahkan ianya pekerjaan Nabi
kalau remaja hari ini mendepankan alasan!!!
tidak kira lelaki atau perempuan,
ingatlah ,
Nabi Muhammad juga punya alasan,
beliau berdakwah sambil dicemuh,
dihina, dimaki, dikatakan gila,
bodoh, bahkan sehingga menumpahkan darah!!!!
Allahuuuuu....

tapi Nabi Muhammad saw tidak sesekali mendepankan alasan,
dia hanya berdoa kepada Allah swt bukan kerana mengadu atas kecelakaanya,
bahkan dia mendoakkan kembali kesejahteraan hamba Allah yang menghinanya,
sungguh cantik keperibadiannya,
ketatatusilahnya,kebaikannya ,
sesungguhnya tiada siapa dapat menandingi peribadinya
walaupun seinci,
.
hari ini
cuba kita jangan depankan alasan,
sedangkan hari ini kita tertalu mudah sehinggakan teknologi hanya dihujung jari,
dan banyak kemudahan yang bagus untuk berdakwah di media social,
jadi mengapa alasan itu masih belengu pemikiran kita,
mengapa????
.
cuba buang pemikiran yang senteng diminda kita,
jangan cepat sangat memberi alasan,
buat dahulu,
laksanakan dahulu,
inshallah kau akan tau
bertapa besarnya nikmat.
ayuh mulakan sekarang,
tak kesah apa cara sekalipun kau berdakwah,
dengan lisan, dengan media sosial, dengan keperibadian,
kepandaian,dan sebagainya,
itu semua merupakan cara Nabi berdakwah,
sudah sudah lah beri alasan,
alasan kau tidak memberikan sedikit impak pada diri kau,
bahkan kau akan sentiasa membuat alasan,
tidak mahu mencari jalan,
dan kau akan sesat tanpa kesudahan.
aku harap kau dapat mulakan,
supaya islam itu tidak dihinakan,
dan islam itu sentiasa dipandang tinggi,
jangan sesekali rebah ,
jangan sesekali kalah,
kau harus tabah,
dalam menepuh rintangan dakwah,
insyallah,
kau akan tinggal nama buat ummah,
jasa dan pengorbanan kau akan diingat,
.
kata Nabi muhammad saw
"sampaikan dari aku walaupun satu ayat"
.
dakwah ini sudah tentu susah
tidak dinafikan,
tapi cuba kita fikir sejenak.
kalau baginda tidak mula berdakwah,
maka hari ini semua akan hidup dalam kejahilan,
jadi kalau dakwah ini tidak diteruskan ,
insyallah hari ini semua akan mati dalam keadaan jahil.
.
jadi mulakan berdakwah ,
ceritakan soal islam itu indah kepada semua,
bahawa islam itu agama yang gemilang suatu ketika dahulu,
islam itu agama perdamian ,
kita tidak diajar kemusnahan didalamnya.
sekian itu sahaja dari saya.


-shafari shamsuddin-

Comments

Popular posts from this blog

Impian dan Angan-Angan

Tahun Baru 2019