Suatu pertemuan yang tidak dirancang
Bahkan hingga kini ,matahari tak pernah berkata kepada bumi,
"kau berhutang budi dengan ku".
maka saksikanlah menifestasi cintanya.
-ImranZaki-
Dipagi yang dingin
disubuh pertama Ramadhan,
aku seperti biasa sama seperti semalam,
bersiap siap untuk ke Masjid bagi solat berjemaah bersama sama.
tapi kali nih lain sikit ,sebab feel ramadhan kan?
habis je subuh dah tak boleh makan *puasa kan hahahaha
dalam keadaan sejuk yang menyelubungi seluruh tubuh ku,
.
Aku mengambil keputusan untuk memakai kurta tebal milik ayah yang sudah lama usang didalam almari. Ayah tak pakai dah baju tu lagi sebab dah tk muat dengan susuk tubuh badan ayah, jadi ayah ada cakap "kalau ayie nak pakai kurta tebal tuh amik la dalam almari" ayah menyambung bicaranya lagi "kurta ini arwah embah bagi dekat ayah,"
.
Aku sebagai anak berasa bangsa kerana kurta tebal itu mungkin sudah hampir 3 atau 4 generasi.
jadi kebetulan cuaca pagi sangat sejuk
aku pun memakainya, setiba sahaja dimasjid aku seperti biasa,
menunaikan solat sunat tahiyatul masjid,
sehabis sahaja azan subuh berkumandang aku solat sunat fardhu subuh pula.
lalu kami solat subuh berjemaah selesai sahaja solat subuh berjemaah, aku sudah dipesan oleh ahli jemaah masjid bahawa kita ada imam muda untuk solat sunat terawih, untuk hari pertama mereka betandang di kampung pauh lalu Imam muda itu bergegas memberikan ceramah ringkas dalam jangka masa 30 minit. sebelum terbitnya fajar.
.
Aku tidak pasti adakah mereka secara sukarela untuk memberi ceramah atau diberi arahan oleh pengerusi masjid, imam itu membawa dua buku ,untuk dijadikan panduan ceramahnya, kedua-duanya ialah tafsir al quran.
Pada hari itu cerama surah yusuf,beliau cerita kan kisah yang Allah swt rakamkan dalam Al Quran berkaitan dengan nabi yusuf sangat jelas dan juga dikaitkan dengan kisah tersebut dengan realiti apa yang berlaku pada hari ini, beliau tidak lah tergesa gesa untuk menghabiskan kisah nabi yusuf itu pada hari itu memang tak sempat, Malah kisah itu disambung pada esok hari. yang paling bestnya , para jemaah tertunggu-tunggu akan kisah yang ingin diceritakan oleh anak muda ini.permulaanya aku melihat mereka berdua ini,aku sudah tahu , mereka banyak ilmu pengetahuan dan mereka berjiwa besar dalam legasi dakwah.
kisah nabi yusuf bersambung sampai lah hari 24 ramadhan .alhamdulillah kisahnya disampai dengan begitu baik dan kami jemaah masjid faham dengan pencapaiannya, beliau banyak skip ekoran beliau akan mengadakan banyak program iftar bersama dengan komuniti ditempat asalnya serta beliau ada program rakaman video dalam rancangan realiti dai pendakwah nusantara musim ke 6.beliau ada berpesan pada saya ,bahawa beliau terpilih dalam rancangan realiti tersebut dan beliau ada pesan ,ceramahnya disetiap pagi ini adalah dapat membatu atau melancarkan proses latihan beliau sebelum memasuki program realiti. saya juga turut berasa banga dengan pencapaian beliau. tempoh hari yang sedikit itu beliau dapat menghabiskan dua kisah , iaitu kisah nabi yusuf dan nabi musa.
Pada waktu asar ,masih dalam bulan yang mulia kebetulan aku balik kerje awal , buat pengetahuan korang, aku bekerja sambilan di petronas sementara menunggu cuti sem yang berbaki selama 1 bulan, selalunya aku solat disurau ditempat kerje ,tapi hari itu aku solat berjemaah dimasjid , seusai solat , aku terasa terdetik dihati untuk bertanya soalan kepada beliau, dalam pertanyaan itu kami berkenalan antara satu sama lain, kebetulan beliau baru habis interview kemasukan belajar ke turki. beliau menjawab soalan aku sambil menceritakan sedikit pengalaman interview ,beliau kata "ada sahaja soalan yang ditanya .tapi alhamdulillah aku menjawabnya dengan cermat" kebetulan adam juga akan menyambungkan pelajarannya dimesir, tak silap aku imran ada tanya aku "kau belajar dekat mana?"
aku jawab "belajar dekat kptm ipoh" beliau kata "ouhh" ,ketika itu sesudah habis solat jumaat.aku menyapanya dengan salam, lalu beliau menanyakan soalan tadi.
Sesi perkenalan ,berdiskusi bermula. ada dua imam import la kata orang hahaahha kebetulan imam masjid dah tak larat, so terpaksa ambil imam daripada luar. mereka pelajar dari Darul Quran JAKIM nama beliau,seorang Imran dan seorang lagi imam Adam. Imran berasal dari klang selangor ,Adam berasal dari parit buntar perak. aku sempat berdiskusi ilmu bersama Imran sahaja , dengan Adam tidak sempat. kerana, Adam nih aku sampai takut nak tegur beliau , dek kerana wajah paras mukanya yang agak mengyeriuskan , sehingga aku takut untuk menegurnya hahahahaha. tapi diakhir hari yang mana mereka hendak pulang ,baru aku tahu yang adam jenis pendiam orangnya,aku juga berasa sangat rugi , kerana adam ini pandai dalam bab qiraat dalam al quran, aku mahu belajar dengan beliau, tapi apakan daya masa sudah suntuk, dan banyak halangan termasuk kami segan untuk berbual hahahahahah. aku menghargai pertemuan ini. dalam masa kita sebok dengan dunia , Allah swt juga telah temukan kita dengan orang baik, disaat pertemuan pasti ada perpisahan.
Setiba masa 27 Ramadahan ,malam terakhir mereka berdua dimasjid raja musa II mengalas tanggungjawab yang besar dalam masjid , kami sungguh terharu menerima kunjungan dua anak muda yang berjiwa besar ini ,aku sebagai anak muda , banyak bende aku curi dari beliau , dari segi ilmunya, dari segi percakapannya yang bagus, dan sebagainya. kini tidak sangka ,anak muda ini muncul dikaca tv3 .hahahaahha ,aku turut berdoa atas kebaikan dan kebijaksanaan beliau dalam menyebarkan dakwah.
dan aku berharap pada Allah swt agar aku diketemukan dengan orang orang yang baik akhlaknya seperti dua orang anak muda ini.
itu sahaja serbe sedikit pengalaman aku bersama orang berilmu.

Comments
Post a Comment