Fitnah



Pacak mencerca biduk orang,
Biduk sendiri tidak terkayuh.

Masa yang lepas,
atau masa silam,
dipanggil kenangan,
bila diingat dan diimbau kembali,
sudah tentu sakit bukan?

ia ibarat "parut yang lama kembali berdarah"

Hari ini aku nak cuba ubah persepsi
orang kampug terhadap keluarga aku,
tuh tajuk hari nih seram sikit, 
sebab ceritanya barangkali dekat dengan hati aku 
dan dekat dengan kisah perjalanan yang penuh liku, 
dilalui oleh keluarga yang tersayang.

Aku bukan nak cakap "aku betul kau salah"
takkkkk
cuma apa yang aku nak betulkan ialah,
ada info atau perkara yang datangnya bukan dari keluarga kami
yang direka-reka oleh pihak ketiga,
biasa lah hari nih orang panggil "makcik bawang",
sambil-sambil potong bawang, membawanglah,
cerita tentang kehidupan orang lain,
"bicarakan rumput dihalaman orang, 
rumput rumah sendiri sampai kaki tangga"

Fitnah ini berleluasa dan tidak terkawal,
sehingga yang benar tertutup rapat,
yang salah ditegakkan.
keluarga kami tidak terburu-buru untuk menyalahkan sesiapa,
kesalahan belum berpihak kepada sesiapa.

kesan dari fitnah ini ,
sangat besar,
selama ini jiran sebelah, 
sudah memandang redah pada keluarga kami,
jiran yang acapkali memberi sedekah ,
sudah jarang memberi,
tapi aku bukan nakkan sedekah,
biasalah keluarga kami orang susah,
ada sahaja yang bermurah hati untuk bersedekah,
sejak sahaja fitnah itu tersebar,
mereka sudah tidak mahu memberi dan bersedekah.
.
aku lihat dari sudut,
bertapa kuatnya pandangan kotor pada keluarga aku,
bertapa kuatnya fitnah itu pada keluarga aku,
sehinggakan orang selama ini yang kami anggap lebih dari saudara,
kini perasaan bencinya membara-bara,
lihatlah ,
bertapa besarnya kesan buruk fitnah
yang dilemparkan tanpa bukti dan alasan yang kukuh keatas keluarga kami,

malam tuh mak ada cakap sebelum tidur,
mak cakap,
"sabar lah semua ini pasti ada hikmahnya"

aku termenung seketika ,
memikirkan bait bait ayat yang keluar dari mulut mak,
seolah-olah ,
ketenangan, kesabaran , ketabahan itu sudah meliputi segala-galanya.

mak cuba memulakan situasi yang baik,
aku mula berfikir,
bagaimana orang sekeliling mahu memandang baik pada keluarga aku?
aku mengambil pendekatan yang baru
agar orang kampung pandang baik terhadap keluarga aku,

aku tidak sangka kekuatan ketabahan mak,
yang berjaya mengeluarkan kami sekeluarga dari belengu fitnah ini,
dengan kesabaran yang tinggi ,
dan mengambil masa yang panjang,
akhirnya terbukti juga kebenaran yang selama ini diselubunggi dari fitnah,
akhirnya pandangan orang kampung mula bertukar,
dengan erti kesabaran ,
mampu mengubah segala galanya.

seorang wanita bergelar "mak"
tidak bertindak dengan membabi buta,
tapi ia bertindak dengan cara "berfikir panjang"
bertindak dengan sabar,
tidak terburu buru,
dengan kekuatan sabar, tenang dalam menghadapi cabaran fitnah,
kami sekeluarga terselamat dari fitnah dan khianat orang kampung.
alhamdulillah,
pereratan tali persaudaraan diantara sesama islam makin rapat,
semuanya perpunca dengan salah faham yang bahaya,

Comments

Popular posts from this blog

Impian dan Angan-Angan

Tahun Baru 2019

Perjuangan dakwah harus diteruskan