Realiti dakwah baginda


Islam tidak datang dengan ombak,
dengan angin, dengan hujan,
Islam hadir dari hujah yang benar,
Islam ajar kita 'bacalah"
kini Agama Islam itu mahu direnyok,
kini Agama Islam itu mahu diperkotak katekkan
kini Agama Islam itu mahu diperalatkan
malah hak dan kedudukan Islam itu mahu disamakan dengan Agama lain,

Nabi Muhammad saw tidak tidur malam demi Islam
Nabi Muhammad saw dibaling batu demi agama Islam
Nabi Muhammad saw sanggup dipukul hinggakan berdarah hanya demi dakwah,
Nabi Muhammad saw itu sangup korbankan Islam demi dakwah,
bayangkan dakwah Nabi dan para sahabat tidak tersebar dan terhenti!!!
apakah agama kita hari ini, cuba bayangkan .....
secara mata kasarnya,
hari ini, kita lihat sendiri,. agama Islam sudah jauh dari landasan yang benar,
cuba bayangkan jika Nabi muhammad masih ada dengan kita pada hari ini,
apa yang akan kita jawab pada baginda?
dengan kehancuran Islam pada hari ini,
daripada agama islam itu megah dan gemilangnya,
pencapaian dari segi kemenangan .
hari ini Islam semakin lemah,
dengan kerosakkan akhlak manusianya,
dengan pemimpin tamak dengan kuasanya,
masih ada al quran dibakar besar besaran,
kebencian terhadap agama islam itu sungguh ketara,

Adakah perjuangan dakwah Nabi  Muhammad saw itu terhenti
seketika atau selamanya,
mana pergi pejuang Islam?
mana pergi budak budak dakwah?
mana pergi pemimpin Islam?
mana pergi mereka yang ada secebis iman dihati mereka?


sedarlah wahai teman semua........

Tidak Sedarkah kita.....
musuh Islam itu sentiasa ada dimana mana,
mereka akan musnahkan Islam dari pelbagai cara,
jika tidak terkesan dengan kekerasan,
musuh Islam itu akan serang dalam bentuk kehalusan,
sehinggakan kita lupa dan alpa,
sedangkkan mereka sedang serang kita,
ayuh semua hamba Allah sekalian,
kita bangkit dan rapatkan saf,
biarpun berjuta panah yang datang,
biarpun peluru hujan menikam,
biarpun benteng jahat susah nak tumbang,
jangan sesekali kita buka ruang untuk mereka,
hatta sejengkal sekali pun,
jika kita lalai dan lupa,
jika sejengkal kita buka,
maka musnahlah benteng yang dibina,
secara tidak langsung, Islam akan kalah

Jika kita jaga rapi Agama Islam ini dengan baik,
ibarat nyawa kita,
insyaallah bukan sekadar kemenangan yang kita perolehi
kita juga akan peroleh kesejahteraan dan keamanan yang berpanjangan,
usah kita dengar hasutan dari syaitan,
lawan mereka,
jangan kalah dengan mereka ,
jika kita kalah,
mintalah ampun pada yang esa,
kesalilah perbuatan kita.

-Shafari Shamsuddin-

Comments

Popular posts from this blog

Impian dan Angan-Angan

Tahun Baru 2019

Perjuangan dakwah harus diteruskan