Kesan menonton video lucah



Masalah ketagihan video lucah yang dialami kebanyakkannya oleh generasi melinial, khususnya gen Z, generasi alpa dan seumpamanya, ketagihan video lucah ataupun pendedahan video lucah ini telah berlaku sekian lama, kalau satu ketika dahulu, untuk melihat video lucah ini satu perkara yang amat susah, orang terpaksa pergi beli CD orang terpaksa tengok sembunyi sembunyi, tetapi selepas masa berlalu, kita mudah untuk akses video lucah, kerana semua tu mudah didapati di media sosial lama web dan boleh menonton secara sembunyi sembunyi secara bersendirian dibilik, asalkan ade internet dan wifi, jadi sepanjang saya jumpa pelajar purata daripada 10 orang pelajar saya berani nyatakan 8 orang pelajar pernah menonton video lucah, ada perbezaan pernah menonton dan ketagih video lucah, kalau menonton video lucah, sekurang kurangnya mungkin die melihat sekali, tetapi kalau ketagih video lucah ,die melihat dalam purata yang sangat banyak.

apa kesan video lucah ni?
selepas saya membuat beberapa kajian secara sendiri, 
ada beberapa kesan secara berperingkat


1. kesan pertama yang saya sebut sebagai  INDENIEL STATE.(fasa pernafian.)

maksudnya ialah orang yang pertama kali terdedah dengan video lucah, die akan menolak perkara itu, die akan rasa takut takut, die akan rasa malu malu, sebagai contoh kalau kita lihat, kalau kita ingat masa kecik kecik, kalau kita tengok tv, ada aksi perciuman di tv biasanya mak kita akan tutup mata kita, atau kita mungkin akan tutup kedua dua belah mata kita, kerana malu. itu kita nafikan die, kita cuba tolak die, tetapi bila kita dah terdedah , bila kita dah banyak kali tengok aksi berciuman di tv, kita dah rasa macam, apa masalahnya? sama juga dengan ketagihan video lucah, pertama kali tengok video lucah, die akan rasa malu malu, die rasa geli geli, die rasa takut takut, die akan rasa serbe salah dan seumpamanya, tetapi bila dah berkali kali tengok, sekali dua kali tiga kali, die akan masuk kepada fasa yang kedua,saya sebut sebagai 


2.  JUSTIFICATION , atau pun fasa cuba mencari alasan, 

cuba mencari jastifikasi, fasa ini bila orang tengok video lucah, die cuba memberi alasan untuk menyedapkan hati, sebagai contoh , kalau tengok video lucah, alasanya ,bukan berzina pun, kalau tengok video lucah alasanya ala kawan aku ajak ,semua orang tengok, apa masalahnya, bukan nak ajak berzina ,bukan nk rogol orang dan ada kes yang saya jumpa, sebelum berkahwin die jumpa saya, ustaz boleh tk saya tengok video lucah, saya tanya kenapa ? alasanya nanti boleh belajar, orang akan cuba memberi justifikasi, bahkan kalau, sebagai contoh disekolah sekolah, kalau kita nak perhatikan, kalau kita nak tengok adakah pelajar ini pernah tengok video lucah, sebagai contoh pelajar tingkatan 3 kalau belajar sains bab 4 bab reproduction, die akan terlalu semangat bila tengok, bika belajar benda nih,padahal dalam kelas mungkin biase biase je tiba tiba bab tu semangat , bahkan saya pernah pergi satu sekolah ada seorang cikgu sains beritahu kepada saya, ketika bab tu, ada seorang pelajar berani tanya cikgu tuh , cikgu macam mana cikgu buat dengan suami, ini sangat menakutkan sebenarnya atas alasan bila tanya atas alasan sains dan seumpanya. so orang akan cuba untuk memberikan justifikasi itu kesan yang kedua,
kesan yang ketiga ialah ketagihan video lucah adalah saya sebut sebagai 


3. SCANNING, apa maksud scanning, bila orang dah ketagih melihat video lucah, kalau lelaki khususnya, die akan suka pandang perempuan, pandang perempuan bukan pandangan biasa biasa tetapi pandangan bernafsu, pandangan syahwat , pandangan ghairah, sebagai contoh, kalau saya jumpa pelajar pelajar, biasenya die akan  tanya, ustaz kenapa bila saya tengok perempuan saya rasa suka, saya rasa suka yang terangsang dan menakutkan, ada sebahagian lagi, die suka melihat perempuan yang hotspot, dan suka membayangkan perempuan itu tudak berbaju dan seumpamanya atas alasan cuci mata. tapi kalau yang islami sikit, mingkin pelajar pelajar yang sekolah agama yang ketagih video lucah, die mungkin tak suka tengok perempuan seksi, tapi die suka tengok perempuan yang tudung labuh pakai jubah dan die cuba membayangkan sesuatu yang menakutkan, itu kesan yang ketiga, die cuba scanning dan kesan yang terakhir yang paling menyedihkan ialah xx


4. fasa melihat wanita sebagai objek seks semata mata,

 sampai tahap tu, ketagihan video lucah paling extrem, dia akan sampai tahap, die melihat perempuan bukan sebagai perempuan, die melihat perempuan bukan sebagai seorang anak, die melihat perempuan bukan sebagai seorang mak, die melihat perempuan bukan sebagai seorang  yang bermaruah, tapi die melihat perempuan sebagai objek seks, sebab itu kita tak hairan bila keluar dimedia disurat surat akhbar, kes bapak rogol anak, sebagai contoh kes tahun 2018, kita dikejutkan seorang ayah yang sangup rogol anaknya baru berusia 12 bulan. macam mana ada nafsu kepada anak yang berusia 12 bulan. kemudian macam mana perkara ini berlaku? sebab ketagihan video lucah yang terlalu kerap sehingga merasakan, die melihat perempuan sebagai objek seks semata mata, nih kesan kepada lelaki, sebab tuh yang diluar sana, kalau ketagih video lucah, saya merayu sungguh sungguh, tinggalkan secepat yang mungkin, tinggalkan semampu yang boleh, sebab apa ,sebab kesan ini bukan terhadap diri kita sahaja, bahkan ianya dapat merosakkan kebahagian rumah tangga, sampai ade kes suami sanggup curang  cari perempuan lain, padahal dah ada isteri. dan kesan video lucah ini sangat sangat susah ditinggalkan tetapi kita kena mujahadah, 


seperti mana ibnu Qayim berkata " untuk meninggalkan maksiat itu mudah, tapi untuk meninggalkan kesan maksiat itu paling susah"

Comments

Popular posts from this blog

Impian dan Angan-Angan

Tahun Baru 2019

Perjuangan dakwah harus diteruskan