Ainul Madhiah
Bismillahhirohmanirohim,
insyallah hari ni saya ingin kongsikan sedikit kisah yang begitu menjadi
pengajaran mendalam kepada kita, terutamanya semangat buat anak muda iaitu kisah
pengorbanan Ainul Mardhiah.
Di suatu pagi pada bulan
Ramadhan, Nabi Muhammad saw sedang menyampai "targhib" iaitu hal yang
mengembirakan atau semangat bagi mereka yang berjihad. Nabi Muhammad saw
bersadba “sesungguhnya orang yang mati syahid kerana Allah swt, maka Allah akan
memberinya Ainul mardhiah bidadari paling cantik disyurga, lalu salah seorang
sahabat Nabi yang masih muda mendengar
penjelasan itu, lalu ia menjadi tertanya-tanya,.namun kerana malu
kepada Nabi Muhamamad dan sahabat-sahabat yang lain…… Jadi pemuda ini tidak
mencari informasi lebih tentang Ainul Mardhiah
Ketika waktu menjelang zohor,
seusai dengan sunnah Nabi ialah kiluha yakni tidur sekejap selepas zohor, para sahabat
dan pemuda tersebut juga tidur bersama-sama dengan Nabi Muhammad sebelum
berangkat berperang.
Pemuda tersebut bermimpi didalam
mimpinya beliau berada di suatu tempat yang sangat indah, tempat itu belum
pernah beliau kunjungi sebelum ini. Kemudian ditempat yang indah itu, beliau
bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik dan yang belum pernah
dilihatnya kemudian beliau bertanya kepada wanita yang cantik itu………
“dimanakah ini?”
“tempat apakah ini”
“ini lah syurga”
Jawab gadis cantik itu. Kemudian
pemuda itu bertanya lagi,
“adakah kamu ainulmardhiah?”
Jawab wanita
tadi
“bukan.. saya bukan ainulmardhiah,
kalau kamu mahu bertemu dengannya, dia
sekarang beristirehat dibawah pohon yang rending itu……
Sahabat
itu pula pergi ke tempat itu, dan berjumpa dengan seorang wanita , wanita itu
berlipat ganda kecantikan berbanding wanita pertama yang ditemuinya, pemuda itu
bertanya.
“adakah kamu ainulmardhiah?”
“bukan saya, saya ini hanya
penjaganya sahaja, jika kamu mahu berjumpanya, disanalah singahsana tersebut
dan sampai ke suatu mahligai..”
Pemuda
itu bertemu lagi seorang wanita kecantikkannya berlipat-lipat gandanya dari
wanita sebelumya, wanita itu sedang mengelap-gelap perhiasan, pemuda ini lalu
memberanikan diri untuk bertanya….
“apakah engkau ainul mardhiah?”
“bukan saya, saya hanya
penjaganya sahaja, jika kamu mahu bertemu dengannya, temuilah ia dimahligai
sana.”
Pemuda
ini dengan pantas pergi ke mahliga tersebut, terdapat seorang wanita yang
sungguh cantik kecantikkanya dari wanita sebelumya, dan ia sangat pemalu,
seraya pemuda itu bertanya.
“apakah kamu ainulmardhiah?”
“ ya benar saya ainulmardhiah”
Jawabnya
pelahan dan malu-malu. Pemuda itupun mendekat dengan ainulmardhiah, lalu ia menghindari
si pemuda itu lalu berkata,
“maaf anda bukan
seoranng yang mati syahid”
Saat itu juga pemuda itu bangun dari mimpinya,
pemuda itu pun menceritakan hal ini kepada sahabat kepercayaannya, dan pemuda
itu meminta agar merahsiakan cerita atau mimpinya tadi sampai beliau mati
syahid, apabila pemuda itu sampai dimedan
perang, pemuda itu keliahatan
sungguh bersemangat untuk berperang, kerana ia sangat mahu berjumpa ainulmardhiah, dalam semangat beliau ingin berjihat, ia pun
syahid dijalan allah swt. Beliau meninggal dipetang hari, ketika mahu berbuka
puasa… sahabat kepercayaan ini
menceritakan kepada Rasulullah saw berkaitan mimpi pemmuda syahid itu, lalu rasulullah saw membenarkan mimpi
sahabat pemuda itu.
Dan
baginda bersabda
“ sekarang dia sedang bahagia
bersama ainulmardhiah”

Comments
Post a Comment