Sejak tanggal 31 ogos 1957 lagu negaraku dan bendera malaysia jalur gemilang sudah secara rasmi mewakili identiti masyarakat yang berbilang kaum dimalaysia. hari ini saya ingin berkongsi dua tokoh penting disebalik penciptaan identiti negara ini, Tokoh pertama

Saiful Bahri - Wikipedia Allahyarham Saiful Bahri.

saiful bahri merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mengubah lagu negeri perak menjadi lagu persekutuan tanah melayu. allahyarham yang dilahirkan di payakumbuh sumatera barat 19 september 1924 telah memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan persekutuan tanah melayu untuk mencipta dan mengubah sebuah lagu kebangsaan dengan berpandukan melodi lagu rasmi negeri perak, allahyarham yang meninggal dunia di tokyo jepun pada usia 52 tahun ini merupaka watak utama yang menyusunkan bait-bait kata dalam lirik lagu negaraku sehingga diangkat sebagai lagu kebangsaan negara,

 tokoh yang seterusnya ialah Allahyarham muhammad bin Hamzah



Yayasan Peneraju on Twitter: "#IniMenarik Gambar: Allahyarham Mohamed bin  Hamzah, pencipta Jalur Gemilang, bendera kebanggaan kita. Merupakan bekas  arkitek kerajaan di Johor. Antara hasil kerjanya yang lain adalah Pejabat  Pos Johor Bahru, 

muhammad bin hamzah merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mereka bentuk bendera persekutuan tanah melayu yang dikenali sebagai jalur gemilang, allahyarham yang berasal dari johor bahru bertugas sebagai seorang arkitek kerajaan pada ketika itu telah menghantar 4 jenis rekaan bendera persekutuan tanah melayu sebelum salah satu rekaannya dipilih oleh orang ramai bagi mewakili bendera persekutuan tanah melayu, selepas beberapa perubahan terhadap rekaan bendera tersebut, terutamanya selepas penubuhan malaysia. pada 1963 idea reka asal bendera allahyarham muhammad bin hamzah ini kemudiannya kekal sebagai bendera kebangsaan negara kita. allahyarham menghembuskan nafas terakhir dirumah keluarganya di kampung melayu majidee johor bahru selepas lebih separuh abad lagu negaraku sebati berkumandang dalam naluri masyarakat negara kita, begitu juga dengan bendera malaysia yang sehingga kini berkibar diseluruh dunia. dari ke pucak gunung hingga ke puncak angkasa bahkan meredah lautan mengelilingi dunia, tetapi lebih separuh abad juga nama kedua dua tokoh ini seakan akan sepi dalam lembaran sejarah negara kita meskipun mereka tidak berjuang dengan mengangkat senjata,tetapi kedua dua wira negara ini lah yang telah mencorakkan identiti negara sehingga menjadi asbab lahirnya semangat patriotik dikalangan pejuang yang menghunus senjata, semoga sahaja jasa dan pengorbanan kedua dua wira negara ini tidak lapok dek hujan tak lekang dek panas. itu sahaja cerita saya hari ini, saya harap kepada semua rakyat malaysia agar terus mengingati jasa jasa mereka ini yang berjuang demi negara dan tanah air tercita.

Comments

Popular posts from this blog

Impian dan Angan-Angan

Tahun Baru 2019

Perjuangan dakwah harus diteruskan